20090709

:::'A' ; BuKAN NAMA SEBENAR:::






* tanpa perlu soal. haih *

20090705

:::U ROCK My WORLD, BEBEH:::

Maaf.
Blogger sedang sibuk.











Sibuk donlod video Enche' Mikel Jeksen kat UTube.
Thee...heee...hee.

20090628

:::ReMEMBERING THE LEGEND:::


Tak dpt dinafikan, gua dan sebahagian besar 'geng' se Angkatan,
membesar dgn Thriller, Billie Jean, Beat It, Smooth Criminal,
Black or White, We Are The World dsbnya.

Mati mmg sinonim dgn hidup.

Dan gua sedikit sebyk pasti merindui gaya tarian hujung kaki
kemudian condong ke depan* yg gua rasa hanya
Enche' Mikel Jeksen yg expert...
Tak mengapa, lah... kita doakan yg baik2.
Mungkin lepas nih gua nak beli dvd Enche' Mikel Jeksen,
banyak2 untuk collection dan;

untuk latih Vasugi menari moonwalk,
sempena mencipta legend in da making.
ho.ho.
*anti-gravity lean*

20090621

:::AL-KISAH (VERSI ABAH):::

(foto Arwah ABAH, dan Umi pd thn 2006 ; sewaktu persandingan kami.
Foto ini kecil, tetapi ingatan terhadap Arwah ABAH terlalu besar)

Gua tidak terlalu rapat dengan Arwah Abah, mahupun dgn Arwah Mak. Selalunya gua akan bergerak secara solo. Adik-beradik kami ramai, so ini perkara biasa... bg gua lah.
Gua mmg nakal, dlm keluarga Che gu Besar Shariff. Mana ada ckp Arwah Abah yg gua follow sgt, semuanya main redah... Arwah Abah sgt tegas orgnya ttp dlm masa yg sama terlalu penyayang.
'Benda' nih bg anak2 yg peka...dia akan RASA. Arwah bukan lahir dalam keluarga senang, berbeza dgn Arwah Mak. Sbb itu semua barang kepunyaannya, dia sgt2 hargai, dan sayang.
Sesiapa yg pinjam, then bikin jadi harta apatah lagi merosakkannya...hah!Memang mendapatlah... Bukan sbb Arwah kedekut.

Gua dpt rasakan yg Arwah sgt syg kami, ketiga-tiga anak perempuannya. Dan impian Arwah untuk melihat anak2 perempuannya 'keje gomen' tercapai.
Apa yg tak pernah Arwah kasi pd gua...? Ah, hampir kesemuanya gua dapat.
Wang ringgit walaupun tidak mewah, asalkan call shj...
*Arwah mmg superb!*
Tahun lepas, gua ada tulis entri untuk Arwah. Tarikh 15 Jun 2008. Rupa2nya itu thn terakhir yg gua dapat lepak dgn Arwah. Gua perasan, sewaktu singgah beberapa hari sebelum Aidil Fitri dan bermalam di Ipoh sebelum ke Kelantan, Arwah tak hantar pun gua & AbuS di pintu pagar rumah. Gua sedikit terasa ttp simpan je lah dlm hati sbb mungkin Arwah penat berpuasa.
Tahun ini, giliran beraya di Perak tetapi yg pastinya gua hanya akan menziarahi kubur Arwah.
Tak dapat gua bayangkan beraya tanpa Arwah Abah, serius!!!

Ah, gua ingat waktu Arwah mula2 nak kawen dgn Umi selepas kematian Arwah Mak. Gua dan ACHU laa yg mula2 Arwah beritahu. Gua rileks sbb gua faham. Itu tak bermakna Arwah dah tak cintakan Arwah Mak. Maklum, kami adikberadik ramai di KL. Saper yg nak jg dia yg keseorgan? Arwah tak pernah pukul gua, oh, ada sekali waktu gua 7 thn. Teruk gak dia pukul sbb gua jelirkan lidah pada dia. *kes hape tak ingat*. Sampai gua merajuk tido bawah meja.

28 Oktober 2009 genap setahun pemergian Arwah. Walaupun gua tak pernah cakap 'I love U' Abah secara bertentangan tetapi, gua harap Arwah tahu sewaktu hidupnya dahulu yg gua sgt2 menyayangi Che gu Besar Shariff. Gua tak berpeluang nak mmbalas terutama dari segi wang ringgit... Ah, gila dia punya sedihhh. Lepas subuh semlm gua menangis sampai bengkak2 mata. Selepas Abah pergi gua mengalami sedikit syndrome of depression.
Sbb itu gua rehat drpd ber'blog'.

Gua dgn Arwah Abah mmg tak terlalu rapat ttp ikatan antara seorg anak perempuan dgn Abahnya terlalu kuat.
Kpd sahabat2 yg masih punya ABAH, *walau siapa & apa bentuk* ponnn Abah kita,
dialah satu2nya harta yg kita ada, pun dipinjamkan sementara...

20090620

:::MiSTERI MIMPI SHAH~KILLA:::

Sebenarnya benda2 mcm nih bagusss sbb memberi gua idea untuk hapdet.
Lg ponnn dasar manusia; suka menerima, susah nk memberi.
Ada pulok tuh yg dah kasik seketul, ungkit 7/8 ketul.
Oh, tak relevan ekk. Nway thanxxx gua nak ucapkan pd CheSue yg pipinya montel itu.
Ponnn tak relevan...? Cis. Ikut suka hati gua laa.
Gua baru bercadang nk curik TAG kat blog Puan Shaliza spt biasa.
Takpe, esok2 boleh curik.

The rulezzz:-
*Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.•
*Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.•
*Pick your ten (10) most deserving receipients and describe them.•
*Leave a comment on the receipients’ blog to tell them they’ve been tagged.•
*Paste the award badge in your sidebar.

[Ohh...! Dia ckp omputehhh.]
CheSue nih cumilll org nyer... ; Enche' Asben dia mirip muka Zizan Raja Lawak (oppsss!) ; Blog dia beshhh, I follow... ; Dah byk tempat dia merantau tp satu tmpt ponnn tak ajak gua joint ; blog dia kaler hijau... itu faktor utama menyebabkan gua bukak...muahahaahaa ho.ho.!!!

Gua suker mengabiskan reta AbuS ; Suker beli brg ntah hape2 berdasarkan *berkenan* ttp tak tao bila nk guna/pakai ; Suker hujan, dan suasana selepas hujan ; Suker kari ikan, suker mkn ikan berbanding haiwan2 yg laen. Mungkin lepas nih nak cuba mkn beruang kutub ; Ada penyakit lelah ; Pernah masuk HKL selama dua hari sbb demam yg panjang & hampir kena *paru2 berair* ; Suker berkawan dgn manusia yg putus satu @ dua wayar di kepala, cthnya *Cik-Gie* ; Sisi gelap gua ialah *cepat marah* dan bila marah akan jadi *lupa diri*; susah tido tapi bila dah tido susah bangun... Oh, ya tajuk cerita yg di atas => Hobi Saya.

Gua nak lepaskan award nih, dgn niat mmg nak menyusahkan blogger lain kepada;
MamaKikieMia [ mmg jenis hapdet ikut penggal ]
PumaSembilang [ laki yg tersebut di atas. gua nk tgk hebat mana sgt saporter Chelsea bikin benda2 nih... elleh Chelsea ]
Cik-Gie [ malasss nk hapdet tutup blog. mende ntah wawasannya. dah tuh riak ]
Enche' Daus [ aahhh... smue nyer tak bersifat metropolitan. Sibuk sibuk sibuk. Mengalahkan Barrack Obama ]
Enche' Juna [ tak berciri seorg Ticher yg menjurus kpd icon negara... Tak koserrr! ]
Enche' Adnan Jamil [ lepas tiga minggu hapdet ada laa 4 perenggan. Takut sgt Puan P (mungkin nama sebenar) marah... ho.ho.]
Enche' ZulDeanz [ dia rajin wooo... rajin mengembara, siap letak gambar2 menarik tawww!)
MuslimahChantik [ dia ponnn jenis berpenyakit lelah mcm gua. ;p;p;p ]
Ticher Rima [konpem tak layannn... ]
*Kepada semua yg hapdet setahun sekali*
Yg tak disebutkan nama, SILA jgn merokok tanda frust @ protes.

Waaaa!!! Penat. Nih kalo bikin novel dah bole hantar cetak!
Cis.

20090616

:::IT’s JUST HARD TO LOSE SOMEONE, NO MATTER HOW MUCH oR LITTLE IT MEANT AT DA TiME:::

Salam Takziah.
Buat Adik yg semlm telah kehilangan bakal suami.
Pada ketika,
barang2 hantaran telah cantik digubah,
Kad kahwin sudah beredar mengkhabarkan yg indah...
Dan Hati menanti detik bersatu.

Apa yg lebih mententeramkan walang Dik,
selain reda akan Takdir Tuhan.

AlFatihah;
buat Arwah Jamal.

20090614

:::WINNiNG ISN'T EVERYTHiNG, IT'S THE ONLY THING:::

This movie presents a real moral dilemma... should students who have always been thought of as losers take the chance and cheat. The teacher has the toughest decision to make ~ whether to let his students cheat and what to do if they get caught...

*CHEATERS (2000)*

Baru dlm minggu lepas gua layan citer nih kat Astrue. Gua bukan nak discuss sama ada berapa star yg patut diberi. Pelakon dia cun ke tak...,
hensem mcm Faizal Hussein ke mcm Eddie Pak... Itu kerja lain org yg bikin, ok.
(bapak le susah nak menulis dlm keadaan internet mcm tunggu ulat gonggok pakai stokin)

Minggu sebelum cuti, sekolah gua ada exam. Ada satu test kecil2an yg diberi nama Ujian Ejaan. Hah! Yg ini tak kira dalam markah keseluruhan ponnn sama ada utk kertas BM atau kertas BI. Nak jadi cerita, Vasugi dan dua orang rakan yang lain ditangkap sbb didapati meniru. Meniru sewaktu ejaan BM, secara terang2an. Memang sebulan sebelum tuh Che Gu BM derang ada kasi dalam 40 perkataan untuk dihafal ejaannya, dalam sekeping kertas A4. Tapi taklah disuruh eja semua. Kalo tak silap, utk Ujian Ejaan, derang cuma kena eja 20 perkataan yg dipilih oleh
Che Gu BM. Vasugi bantai buka kertas tuh. Jadi heboh lah isu nih di bilik guru.
Atas dasar profesionalisme gua ponnn panggil le Vasugi. Tanya kenapa dia buat mcm tuh. Itu namanya tidak jujur. Gua tak de laa nak marah sgt. Cuma gua kecik kan mata je...
Tahu Vasugi jawap apa?

"Saya tada tiru ticher, saya mau semak itu jawapan..."

Hmmm.
Alahai.
Dan gua rasa rugi sangat benda nih jadi isu Melodi di bilik guru, untuk Vasugi laa sebab dia cuma betul satu per dua puluh. Itupun untuk ejaan empat huruf.

"Do you think Bill Gates fired the guys who brought him the Apple Operating system code?
He probably promoted them" Dr. Gerard Plecki (Cheaters)